Isnin, 17 Ogos 2009

Unsur Seni - Garisan

Bab 1 GARISAN

A. Pengenalan
Garisan merupakan cantuman satu siri titik².
Garisan merupakan unsure seni terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis.
B. Jenis² Garisan
Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya.
Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar.
· Garisan Tebal
· Garisan kasar
· Garisan nipis
· Garisan berlingkar
· Garisan berbulu
· Garisan pancaran
· Garisan beralun
· Garisan zig-zag
· Garisan Putus-putus

C. Garisan pada Alam Sekeliling
Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya.

Pokok(garisan tebal) – ranting pokok( garisan kasar) – Urat daun(garisan nipis)
Titik hujan(garisan putus-putus) - Cendawan ( garisan pancaran )
Benang ( garisan berbulu) – Jejari roda basikal( grisan pancaran ) – Racun nyamuk ( garisan berlingkar) – Garisan pembahagi jalanraya(garisan putus-putus)

D. Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan
1. Garisan melintang -Memberi gambaran tenang
2. Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan
3. Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil
4. Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga

E. Garisan Pergerakan
Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang.
-Garisan berlingkar - Garisan beralun -Garisan bergetar

F. Garisan untuk menimbulkan Bentuk
Garisan juga berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan ton garisan.
Garisan yang rapat menimbulkan ton gelap manakala garisan yang berjarak atau jarang menimbulkan ton cerah.

3 ulasan: