Jumaat, 4 Jun 2010

AHLI KELAB 2010







Malam Seni Visual 2010....

Selasa, 25 Mei 2010

Contoh gambar penegasan


Penegasan dari segi warna......
warna merah pada kelopak bunga raya menjadi penegasan.....

Prinsip Rekaan - Kontra

Pengenalan

1. Konta boleh diwujudkan apabila salah satu daripada unsur seni mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan antara satu sama lain untuk member kesan dan impak pada karya seni.
2. Kontra berkait rapat dengan penegasan, iaitu lebih tinggi kadar kontra, maka lebih jelas
penegasan dalam sesuatu karya seni dan sebaliknya.

Aplikasi Kontra dalam Karya Seni

1. Kontra digunakan untuk mewujudkan kelainan bagi menukar rentak yang stereotaip
( biasa ) dalam sesuatu hasil karya seni.
2. Kontra bertujuan untuk menimbulkan kesan pertentangan dan membangkitkan suasana.
3. Sebaliknya, penggunaan unsur kontra tanpa perancangan dan terlalu beragam akan
menghasilkan suasana bercelaru dan kelam-kabut.

Prinsip Rekaan - Harmoni

Pengenalan

1. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan
harmoni.
2. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah.
3. Harmoni wujud di alam semulajadi dan alam buatan manusia. Harmoni juga wujud pada
corak tradisional yang terdapat pada kraf tangan tempatan seperti anyaman, tenunan,
ukiran, batik dan sebagainya.

Kajian Harmoni pada Alam Sekeliling

1. Harmoni pada Alam sekeliling dari aspek warna, bentuk dan jalinan.
· Keseragaman bentuk batu karang di dasar laut.
· Keseragaman warna pada tumbuhan.
· Keseragaman jalinan pada kulit nanas dan sisik ikan.

2. Harmoni pada benda buatan manusia dari aspek rupa, warna, imbangan susunan dan
keseragaman ulangan.
· Corak dalam kelarai
· Corak dan susunan jubin

3. Harmoni yang diaplikasikan dalam karya berbentuk 2 dimensi atau 3 dimensi.

· Harmoni ulangan motif dan pola motif jelas digambarkan dalam proses capan batik blok,
anyaman, ukiran kayu dan tenunan.
· Harmoni pada reka letak mukataip, ilustrasi dan warna dalam bidang seni grafik dan
komunikasi seperti kulit buku, risalah, poster, logo, pembungkusan dan papan tanda.
· Harmoni merujuk kepada interpretasi tema melalui unsur dan prinsip seni, teknik dan
media dalam catan.

Prinsip Rekaan - Penegasan

Pengenalan
1. Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila
dibandingkan dengan objek yang lain.
2. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap
sesuatu.
3. Penegasan dapat diwujudkan melalui ruang, objek, tema dan gaya.
4. Contoh-contoh penegasan : tanda jenama pada tas tangan, papan tanda yang berada di
tepi jalan raya, arca di tengah-tengah bulatan, warna bunga raya merah di antara daun-
daun hijau dan sebagainya.
Fungsi Penegasan
1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan
menarik perhatian.
2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya.

Aplikasi Penegasan dalam Hasil Seni

1. Penegasan dalam karya seni ditentukan oleh unsure-unsur seni seperti garisan, bentuk,
ruang, warna, jalinan dan rupa.
2. Penegasan biasanya digunakan dalam kerja-kerja seni seperti lukisan poster, hiasan kulit
buku/majalah, hasilan catan, logo, iklan dan papan tanda.

Isnin, 24 Mei 2010

Prinsip Rekaan Tingkatan 1

PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan merujuk kepada cara pengolahan enam jenis unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Seseorang pengkarya seni visual sering mengaplikasikan satu atau lebih daripada satu prinsip rekaan dalam sesuatu karya seni visual untuk menimbulkan gambaran atau suasana yang ingin disampaikan.

HARMONI
Melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan perasaan yang aman damai dan menarik perhatian
Gambaran seimbang, selesa, kemas, sempurna dan menyeronokkan.

KONTRA
Sesuatu objek yang berbeza daripada segi saiz, rupa, warna, bentuk dan sebagainya.
Memberikan kesan fokus, tumpuan, unggul dan menarik.

PENEGASAN
Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan
Menarik perhatian dan mengelakkan dari kebosanan.

IMBANGAN
Keadaan gubahan yang berpadanan dari segi saiz, berat, tarikan, warna dan tumpuan pemerhatian.
Imbangan Simetri:
Kukuh,teratur dan terkawal.
Imbangan Tidak Simetri:
Bebas dan spontan. Tarikan yang lebih hebat dan menarik.

IRAMA & PERGERAKAN
Keadaan objek yang bergerak, bergoyang dan bersinar. Irama ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni.
Keadaan hidup dan bergerak, ilusi ruang dan perspektif, irama dan suasana yang menarik, kesan tumpuan dan gambaran yang bertenaga.

KEPELBAGAIAN
Penggunaan segala elemen unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam karya. Merujuk kepada aktiviti gayaan, perlanjutan dan kontra dalam gubahan.
Memberi kesan kontra, bertenaga dan daya tarikan yang hebat dan dinamik.

KESATUAN
Sesuatu gubahan yang baik dan saling mempunyai hubung kait antara unsur seni reka dan prinsp rekaan.
Teratur, seragam, lengkap, sempurna dan suasana yang tenteram dan selesa.

Lukisan Abstrak